Tuesday, August 31, 2010

tips mengatasi stress

TIPS KESIHATAN – MENGATASI STRESS
Stres adalah respon tubuh seseorang dalam menghadapi pelbagai
tuntutan dalam kehidupan. Tuntutan-tuntutan tersebut mungkin
merupa-kan perkara-perkara yang datang dari luar (misalnya: surat
pinjaman bank yang tertunggak, teman, pekerjaan, atau hubungan
dengan pasa-ngan), atau mungkin juga datang dari fikiran sendiri
(misalnya: bagaimana penilaian terhadap diri sendiri). Stres seringkali
dicap sebagai sesuatu perkara yang buruk. Namun sesungguhnya se-
tiap orang memerlukan sedikit tekanan agar mereka memiliki hidup
yang lebih baik.
Teknik atasi stress yang sihat, antara lain:
1. Tidur Sejenak
Tidur sejenak selama 30 - 45 minit akan menyegarkan tubuh kembali.Orang-orang ternama yang memanfaatkan tidur siang untuk menangani stres adalah John F. Kennedy, Thomas Edison dan Salvador Dali.
2. Pengurutan
Anda boleh mengunjungi seorang pakar urut profesional ataupun
meminta pasangan atau seorang sahabat untuk mengurut otot-otot
leher dan bahu anda.
3. Mengekspresikan diri secara artistik


Jadilah orang yang kreatif dan alihkan energi anda secara positif.
Anda boleh cuba untuk belajar akting, atau memainkan alat muzik,
mengambil gambar, melukis, menulis puisi ataupun menyanyi. Muzik
adalah media pereda stres yang sangat baik. Memainkan alat muzik
atau cumaendengar muzik sangat membantu untuk
melegakan stres.
sekadar m
4. Kerap ketawa
Cara ini bukan rahsia lagi. Tertawa boleh menyebabkan stres yang ada
hadapi menjadi lebih ringan. Sentiasa tunjukkan ekspresi yang
menyenangkan diwajah anda.

No comments:

Post a Comment